Wednesday, May 23, 2012

Tugas Kita Semakin Mencabar


 Sama-samalah kita mengharungi cabaran ini. Kita seharusnya bersatu dan sentiasa tolong menolong diantara satu sama lain bagi memantapkan diri kita. Selamat hari Guru

Selamat Menjawab Peperiksaan


Selamat Menjawab Soalan Peperiksaan kepada semua anak murid SK Petaling 1...
Semoga anda semua menjawab dengan tenang dan mendapat markah yang baik.

Suasana Peperiksaan Ditahap 1

Suasana Peperiksaan Di Tahap 2





Bilik Kebal Peperiksaan



Disini lah tempat pengumpulan soalan sebelum di agihkan kepada kelas-kelas yang terlibat di dalam peperiksaan...

Semua guru wajib mengambil dan menghantar soalan disini. Guru yang menanda soalan akan mengambil soalan mereka disini.



Bilik ini diketuai oleh Ustaz Redzuan dan dibantu oelh ahli-ahlinya....



Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu! 
Syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kita dapat meraikan sambutan hari guru. tanpa guru siapalah kita. Guru yang baik akan menghasilkan pelajar yang terpuji.
 Apa pun kita sekarang ini, sejarah kita dimulakan oleh seorang guru biasa iaitu IBU BAPA kita. walau sepatah perkataan yang diajar kepada kita, dia tetap guru. 
Terima kasih kepada semua guru -guru yang telah mendidik saya dan semua murid & pelajar di dunia ini. Syukur kepada ALLAH kerana mengurniakan guru yang terbaik di dunia ini. 
TERIMA KASIH SEGALANYA.
 Bersatulah kita untuk kebaikan bersama. 
SK PETALING 1 CEMERLANG 2015.   

Ikhlas Dari  Pengerusi BKG SK Petaling 1 2012

Thursday, May 10, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2012

Makluman kepada semua guru. 
Bagi sambutan hari guru pada tahun ini, BKG telah menetapkan kepada semua guru untuk menyediakan 1 hadiah dengan nilai RM30.00 ke atas. 
Tema hadiah adalah bebas @ yang difikirkan sesuai untuk individu yang akan mendapat hadiah tersebut. 
Cabutan nama akan dibuat pada hari SELASA 8.5.12. Hadiah hendaklah disediakan pada @ sebelum 16 Mei 2012. 
Guru yang tidak berada disekolah pada 16 Mei 2012 hendaklah menyerahkan hadiah mereka serta nama guru yang akan menerima hadiah tersebut kepada S/U BKG, Cik Nur Azhani Binti Mohd Nasir @ Pn Lilies Suryanti Binti Azemi sebelum tarikh tersebut. 
Tema sambutan “MENGIMBAU KENANGAN GURU ZAMAN 70’AN & 80’AN”
Guru-guru digalakkan berpakaian mengikut tema.
 Hadiah pakaian paling menarik mengikut tema akan disediakan.