Menu yang dihidangkan ialah ayam goreng berempah, gulai udang campur kacang panjang serta ulam-ulaman. Dengan khabar, makanan tu disumbangkan oleh salah seorang guru. Udang banyak betul. Selak udang baru nampak kacang. kalu kantin buat, selak kacang pun belum tentu nampak udang.
Cikgu Ismail( baju biru) menyampaikan ucapan perpisahan kepada semua guru. Semoga Cikgu Ismail lebih cemerlang di tempat baharu. Kami guru-guru memohon maaf sekiranya ada melakukan perkara yang mengguris hati cikgu Ismail.
Kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi
No comments:
Post a Comment