Friday, April 10, 2009

ISTIMEWA HARI SUKAN

Terima kasih kdp ajk makanan yg bekerja keras untuk menyediakan makanan pada hari sukan. Makanan yg disediakan cukup menyelerakan. cokodok dan karipap mengisi perut di pagi hari. tengahari pulak dihidangkan dengan nasi ayam. seingat aku, nasi ayam dan acara sukan ni dah sinonim. Ingat sukan ingat nasi ayam. ingat nasi ayam .............ingat sukan.

Bila dah lapar setelah penat berpanas, semua nampak sedap. Balun sampai licin. Errrrgggghhhh..............Syukur Alhamdulillahhhh. (kira kenyang la tuu)

Thursday, April 9, 2009

Wednesday, April 8, 2009

AKU COKLAT MALANG

Apalah dosaku. Bukan aku minta untuk dijadikan isu. aku dibuat untuk mengembirakan semua orang. Aku rela dikunyah demi kebahagian orang lain. Aku ibarat lilin. Rela membakar diri untuk kebahagiaan orang lain.

Skrg aku amat sedih. Mengapakan aku menjadi mangsa? Apalah dosaku? Sebenarnya aku telah merelakan diriku diikat dan dihias untuk dihadiahkan kepada seseorang. Aku juga rela berpanas sehingga sebahagian tubuhku cair.

Setelah bertukar tangan, aku menjadi rebutan. Semua orang berebut-rebut meraba badanku. Rimas aku. Nak menangis apalah dayaku. Akhirnya aku diratah dengan lahapnya. Aku rela diperlakukan begitu.

Apa yang menyedihkan aku, mengapa ada orang yg tidak puas hati? Apalah isunya? Klu x puas hatipun x perlulah besar2kan. Adessssssss

bersambung.......

SUKAN TAHUNAN (Part 2)

kawan kita ni syahdu betul. Cara duduk tu mcm nk ermmmm je. Maklumlah pagi2 dah sampai kt stadium. x sempat nk menyempurnakan hajat.
Yang 2 orang ni tunjuk mcm bagus tp bawa kerusi empuk kat tgk balapan. Mana ade dlm sejarah olimpik pegawai boleh bertenggek kat kusi.
Cikgu Mahadi mmg sinonim ngan copong. Dah dok bawah kemah besar pun ade payung kecik lg. Putera lilin ke putera pelita ayan? Skang ni Mahadi tgh top. Ape2 je, "cikguuuuu Mahadiiiiiii, nanti jumpa saya ye" hhheeehehehehh. Yang kat sebelah tu malas nk ulas lah.......
Mak oiiiiii, kira penat sgt la tu. Taulah keja pelepas..... x kan sampai pengsan. Tulah...lain kali buat la keja lebih skit kat skolah bru la x penat. ni x....ape tugas cikgu amid kat skolah pun x taulah
yang ni x leh komen. mmg pesen dia mcm tu. Sabar je lahhhhh
kan dah kata. mmg pesen dia......kompang wan, jgn x kompang

SUKAN TAHUNAN (Part 1)


Setelah sekian lama merancang, sukan tahunan pun di adakan pada 4 April 2009 di Mini Std Permaisuri.

Pada hari kejadian, maka berduyun-duyunlah segala angkatan perang dan hamba rakyat ke stadium yg tersebut itu.

Dikhabarkan, pd pagi yg indah itu, general sangat murka kerana perbarisan hormat kpdnya lambat dijalankan. Aahhhhggggghhhhhh malas lah nk tulis.


Juara keseluruhan sukan kita taun ni....... umah hijau la...... tp taun depan x tau la. Budak2 yg di songlap tu dah ke SM. huhuhu


Syabas Kak Raja yg telah mencemar duli turun untuk bersama-sama dengan rakyat jelata. Dapatlah kami pacar yg hina ini mencurah perasaan. Jarang2 kita berpeluang untuk bersama-sama golongan bangsawan berpanas.






Sebahagian angkatan tentera menghantuk kepala mencurah idea bagi memastikan sukan dapat dijalankan dengan lancar. Pegawai pelepas (mr Robert) ditugaskan untuk memastikan peserta dapat berlepas dengan baik tanpa sebarang kerosakan enjin.


Suasana kelam kabut di tempat pertukaran baton acara 4x100m. Walaupun peserta umah biru nampak mcm laju jer, tp yg menang ialah peserta umah merah......tuuuu yg kecik tu.....




gambar perbarisan umah merah ni saja aku masukkan coz aku umah merah. klu umah lain nk masuk....... upload sndiri.heheheheh

Friday, April 3, 2009

JAMUAN PERPISAHAN

Jamuan perpisahan ini dibuat khas untuk meraikan
Cikgu Ismail yang berpindah ke Sk Hishamudin.

Bersama-sama majlis itu juga di adakan sambutan Maulidul Rasul. Walaupun ringkas namun tetap bermakna. Guru-guru berselawat bagi menyatakan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

Menu yang dihidangkan ialah ayam goreng berempah, gulai udang campur kacang panjang serta ulam-ulaman. Dengan khabar, makanan tu disumbangkan oleh salah seorang guru. Udang banyak betul. Selak udang baru nampak kacang. kalu kantin buat, selak kacang pun belum tentu nampak udang.

Cikgu Ismail( baju biru) menyampaikan ucapan perpisahan kepada semua guru. Semoga Cikgu Ismail lebih cemerlang di tempat baharu. Kami guru-guru memohon maaf sekiranya ada melakukan perkara yang mengguris hati cikgu Ismail.

Kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi