Saturday, February 13, 2010

SIRI CERITA KANAK-KANAK (bab akhir)

"Wahai raja garuda, beta mengaku kalah. Beta tidak sanggup lagi menerima asakan ini. Cukuplahhhhhhhhh. Huaaaa.......huaaaaaa....iskkkhhh". Bercucuranlah air mata nenek kebayan membasahi pipinya yang berkedut.

Dua bulan kemudian

Penduduk kampung Beringin Tumbang gempar lagi. Mereka mula berkumpul di warung kopi Haji Hensem. Tujuannya satu. Mereka ingin melihat keajaiban yang berlaku di kampung mereka.

Haji Hensem yang untung. Bergelas-gelas air dipesan oleh penduduk kampung. tersengeh-sengeh dia sehingga menampakkan giginya yang jarang itu.

"Pakarat pulang....Selayat pulang.........." jerit kanak-kanak sambil berlari-lari di belakang dua orang pemuda itu.

"Ooooooiiiiii orang-orang kampung, Pakarat dan Selayat sudah pulang" tambah Mengkamit sambil terlompat-lompat. Nasib baik cermin matanya tak jatuh.

"Apa yang berlaku nih?.....mengapa ramai orang di warung tu?"tanya seorang penduduk yang agak ketinggalan sikit.

"Tuuuuuuuuu ha, kamu nampak tak? celah Mek sutoya, wanita berhidung jambu air sambil memuncungkan bibirnya.

"Haaaaaaaaaaaa....biar betul, macam mana mereka boleh menjadi manusia semula, dulukan mereka disumpah menjadi peti sejuk" melopong mulut orang tu.

"Bongok betul......tu la kau, asyik dok terperap jer kat celah dapur. Memang la diorang dah jadi manusia semula. Kampung kita kan dah aman. Magic nenek kebayan dah tak laku lagi. Nenek kebayan kan dah tak de power. Kira ilmu dah tawar la katakan"kata Mek Sutoya berjela-jela.

"Syukur....akhirnya pulang juga jejaka hemsem nih. Barulah ceria kampung kita. Ko pun tentu suka. Tak gitu Sutoya"?

"Heeeeeeeeee.......betul...betul....betul...."celah Sutoya sambil tersengeh hingga sepet mata dan hidung jambu airnya bulat kemerah-merahan.

"Wahai seluruh penduduk Beringin Tumbang....."tiba-tiba sahaja Mukapet membantutkan celoteh Mek Sutoya dan sahabatnya yang agak pening tu.

Seluruh mata penduduk kampung berlari dan melekat pada Mukapet yang agak sasa tapi kurang hensem tu. Melopong mulut mereka untuk mendengar kata-kata Mukapet seterusnya.

"Sekarang sahabat kita telah bertukar menjadi manusia semula. Mereka telah pulang untuk bersama-sama dengan kita. Marilah kita bersatu sebagai satu keluarga. Janganlah kita biarkan nenek kebayan menggunakan kuasanya untuk membinasakan kampung kita lagi." kata Mukapet dengan penuh semangat.

"Hidup Mukapet.....hidup Mukapet....hidup Beringin Tumbang"sorak penduduk kampung.

"Lebih-lebih la pulak mamat ni. Kalau dah bercakap tu tak ingat dunia" celah Banglisur.
"Aaa....aahhh.....betul tu. Memang gila mikrofon dia nih" Mungkamit menyokong.

Walaupun kuasa nenek kebayan telah lemah, namun masih ada pengikut-pengikutnya yang setia. Mereka hanya memerhatikan kemenangan penduduk kampung dari jauh.

"Tuihhh.....akan tiba masanya nanti" terdengar suara pengukut nenek kebayan dari kejauhan. Mereka berlalu pergi hingga hilang dari pandangan.

Semenjak hari itu penduduk kampung Beringin Tumbang hidup aman damai. Hasil daripada tanaman padi juga melimpah ruah. Keceriaan kampung Beringin Tumbang telah dikembalikan.

Mukapet pula telah dilantik sebagai Pengerusi Belia 4B kampung Beringin Tumbang. Sesuai dengannya yang suka bercakap tu.

ADAKAH KEHARMONIAN BERINGIN TUMBANG AKAN BERKEKALAN KERANA NENEK KEBAYAN PASTI MENGHANTUI MEREKA.............SEKIAN

No comments:

Post a Comment