Thursday, July 9, 2009

SIRI CERITA DONGENG KANAK-KANAK(Bab1)

Diceritakan pada zaman dahulu, ada sebuah negeri di kayangan yang bernama Beringin Tumbang. Negeri itu diperintah oleh nenek kebayan yang sangat zalim.

Nenek kebayan itu berwajah yang sungguh menakutkan. Dia juga mempunyai kuasa sihir yang sangat hebat.Semua hamba rakyat takut akan kuasa ajaibnya. Sehingga diceritakan tidak ada seorang pun yang sanggup melanggar arahannya.

Nenek kebayan tersebut mempunyai beberapa pembantu yang cukup setia. Gakulop merupakan orang yang dipercayainya.

"Wahai pembantuku Gakulop, adakah apa-apa perkhabaran buruk yang diperkatakan oleh hamba rakyat terhadap beta?" tanya nenek kebayan.

"Ada tuanku. Seorang hamba rakyat cuba melanggar perintah tuanku. Selayat namanya." kata Gakulop dengan bangganya. Hidungnya diangkat tinggi mengharapkan pujian.

"Cisss......., siapakah yang berani melawan beta! Tidak takutkah mereka dengan kuasa magic beta yang power ini? beta akan hapuskan sesiapa sahaja yang berani menentang beta." Marah betul nenek kebayan.

"Molek benar tuanku. Orang macam itu tak patut dibiarkan berada di negeri Beringin Tumbang."bodek Gakulop lagi.

Diceritakan pada suatu hari, Selayat hendak ke bendang untuk menangkap ikan keli. Ketika asyik berjalan sambil menyanyi lagu 'Bujang Senang' tiba-tiba satu kepulan asap yang hitam dan tebal muncul. Asap itu terus menyelubungi Selayat. Selayat menjadi panik. Dia terjatuh dan pengsan.

Setelah tersedar, Selayat mendapati dirinya berada di rumah Gakulop.

"Mengapa aku berada di dapur ni? Dahlah busuk dan bersepah dengan tong gas, kuali besar, meja makan, cerek elektrik dan macam-macam lagi." Ngomel Selayat.

"Oooooiiiiiii Selayat....ko pun sampai sini jugak." Sampuk satu suara.

"Siapa tu? tanya Selayat ketakutan.

"Akulah.... Pakarat, yang dok ujung kampung tu.

Pakarat?....mana ko, aku tak nampak pun?

"Aku kat sini laaaa....."kata Pakarat sambil menggerakkan dirinya.

"Ha...hahhahahhhhahhh...hihihii, buruk betul ko kalu jadi kuali" gelak Selayat.

"Ooooooo......gelak besar nampakkkkk, ko yang jadi peti sejuk tu tak buruk ke? perli Pakarat.

"Whattttttt....... aku pun bertukar ke? Celaka punya nenek kebayan. Aku yang hensem ni ditukar jadi peti sejuk. Mesti kerja Gakulop ni sebab umah dia tak de peti sejuk lagi." Marah Selayat.


bersambung..

No comments:

Post a Comment