Wednesday, July 22, 2009

SIRI CERITA KANAK-KANAK (bab 3)



Dia mundar-mandir bagai cacing kepanasan. Ke hulu dan ke hilir tanpa arah dan tujuan. Mukanya tunduk ke lantai sambil mencari akal.

"Hebat juga power dukun-dukun ni. Bagaimana cara untuk beta menepis semua magic ni."rungut nenek kebayan.

"Wahai penasihat beta yang setia, apakah jalan yang terbaik bagi beta sekarang? sesungguhnya beta menghadapi ujian yang maha besar". tanya nenek kebayan kepada penasihatnya.

"Ampunkan patik tuanku. Pada firasat patik eloklah tuanku berundur dari memerintah negeri ini. Patik takut tuanku akan dimusnahkan. Ampun tuanku". jawab penasihatnya.

"Ha...ha...haaa.....beta tidak akan mengalah. Mereka tidak tahu betapa powernya beta. Sekali beta bertindak habis semua binasa. kata nenek kebayan dengan angkuh.

Nenek kebayan tidak memperdulikan semua serangan daripada dukun-dukun itu. Penduduk kampung mula rasa resah. Mereka tertanya-tanya sesama sendiri.

"Wahai sahabat ku Mukapet, nampaknya dukun-dukun itu tidak berjaya membinasakan nenek kebayan itu". Banglisur mula bersuara.

"Benar kata Banglisur itu. Nampaknya kita perlu mencari jalan lain". celah Mengkamit sambil membetulkan cermin matanya.

"Jangan risau wahai sahabatku sekalian. Mesti ada cara untuk memusnahkan nenek kebayan itu. Kita mesti cari kelemahannya.". Kitapun tahu, sekarang ni dia sudah lemah. Lambat laun dia akan kecundang juga."kata Mukapet dengan yakin.

Penduduk kampung hanya mampu menunggu. sehari demi sehari mereka lalui dan melihat nenek kebayan masih berkuasa. Nenek kebayan bertambah power. Matanya mengeluarkan cahaya kemerahan. Mulutnya berapi apabila berkata-kata. Semua penduduk tidak berani bertentang mata dengannya. Ada penduduk yang terus berbuih mulutnya sekiranya berselisih dengan nenek kebayan.

Suatu hari, Mukapet mengajak beberapa pemuda yang gagah untuk bertemu dengan raja burung garuda. sebelum ini, tidak ada sesiapa yang pernah mengadap raja burung garuda.

"Ishhh.....betul ke ni Mukapet?, aku takut la. Nanti dibahamnya kita habis mampus".celah Duragung, pemuda yang kurang sasa sikit. Namun Duragung cukup marah kalau ada orang yang berani "PETIK" nama dia.

Seminggu kemudian, ruang angkasa negeri Beringin Tumbang gelap-gelita. Beratus-ratus ekor burung garuda terbang ke istana nenek kebayan. Burung garuda itu menyemburkan api tanpa henti. Serangan yang maha dahsyat telah dilancar oleh burung garuda itu.

Nenek kebayan tidak mampu mengelak lagi. semuanya telah musnah. Habis semua power digunakan untuk menepis serangan garuda namun sia-sia. Akhirnya nenek kebayan mengaku kalah.

"Wahai raja garuda, beta mengaku kalah. Beta.........

bersambung.....

No comments:

Post a Comment