Wednesday, July 22, 2009

SIRI CERITA KANAK-KANAK (bab 3)



Dia mundar-mandir bagai cacing kepanasan. Ke hulu dan ke hilir tanpa arah dan tujuan. Mukanya tunduk ke lantai sambil mencari akal.

"Hebat juga power dukun-dukun ni. Bagaimana cara untuk beta menepis semua magic ni."rungut nenek kebayan.

"Wahai penasihat beta yang setia, apakah jalan yang terbaik bagi beta sekarang? sesungguhnya beta menghadapi ujian yang maha besar". tanya nenek kebayan kepada penasihatnya.

"Ampunkan patik tuanku. Pada firasat patik eloklah tuanku berundur dari memerintah negeri ini. Patik takut tuanku akan dimusnahkan. Ampun tuanku". jawab penasihatnya.

"Ha...ha...haaa.....beta tidak akan mengalah. Mereka tidak tahu betapa powernya beta. Sekali beta bertindak habis semua binasa. kata nenek kebayan dengan angkuh.

Nenek kebayan tidak memperdulikan semua serangan daripada dukun-dukun itu. Penduduk kampung mula rasa resah. Mereka tertanya-tanya sesama sendiri.

"Wahai sahabat ku Mukapet, nampaknya dukun-dukun itu tidak berjaya membinasakan nenek kebayan itu". Banglisur mula bersuara.

"Benar kata Banglisur itu. Nampaknya kita perlu mencari jalan lain". celah Mengkamit sambil membetulkan cermin matanya.

"Jangan risau wahai sahabatku sekalian. Mesti ada cara untuk memusnahkan nenek kebayan itu. Kita mesti cari kelemahannya.". Kitapun tahu, sekarang ni dia sudah lemah. Lambat laun dia akan kecundang juga."kata Mukapet dengan yakin.

Penduduk kampung hanya mampu menunggu. sehari demi sehari mereka lalui dan melihat nenek kebayan masih berkuasa. Nenek kebayan bertambah power. Matanya mengeluarkan cahaya kemerahan. Mulutnya berapi apabila berkata-kata. Semua penduduk tidak berani bertentang mata dengannya. Ada penduduk yang terus berbuih mulutnya sekiranya berselisih dengan nenek kebayan.

Suatu hari, Mukapet mengajak beberapa pemuda yang gagah untuk bertemu dengan raja burung garuda. sebelum ini, tidak ada sesiapa yang pernah mengadap raja burung garuda.

"Ishhh.....betul ke ni Mukapet?, aku takut la. Nanti dibahamnya kita habis mampus".celah Duragung, pemuda yang kurang sasa sikit. Namun Duragung cukup marah kalau ada orang yang berani "PETIK" nama dia.

Seminggu kemudian, ruang angkasa negeri Beringin Tumbang gelap-gelita. Beratus-ratus ekor burung garuda terbang ke istana nenek kebayan. Burung garuda itu menyemburkan api tanpa henti. Serangan yang maha dahsyat telah dilancar oleh burung garuda itu.

Nenek kebayan tidak mampu mengelak lagi. semuanya telah musnah. Habis semua power digunakan untuk menepis serangan garuda namun sia-sia. Akhirnya nenek kebayan mengaku kalah.

"Wahai raja garuda, beta mengaku kalah. Beta.........

bersambung.....

Friday, July 10, 2009

SIRI CERITA DONGENG KANAK-KANAK (bab 2)

Sudah dua bulan Selayat hilang. Penduduk kampung Beringin Tumbang mula rasa marah. Mereka tahu, kehilangan pemuda-pemuda yang berani ini ada kaitan dengan nenek kebayan. Mereka mula mencari jalan untuk memusnahkan nenek kebayan.

Mukapet... seorang pemuda yang gagah mula mengumpulkan orang kampung. Dia bertekad untuk menjatuhkan pemerintahan nenek kebayan agar tidak ada lagi pemuda kampung disihir.

" Wahai penduduk Beringin Tumbang, negeri kita dilanda bencana. Ramai pemuda kampung telah hilang. Kita mesti bersatu untuk memusnahkan nenek kebayan." kata Mukapet dengan berani.

Penduduk kampung mula berbelah bahagi. Ada yang menyokong, ada yang atas pagar dan ada yang penakut nak mampus. Bagi yang berkepentingan dan suka mengipas, sudah tentu menyokong nenek kebayan.

"Janganlah kalian takut. Kalau kita bersatu hati, semuanya akan membuahkan hasil."kata Mukapet dengan lantang.

"Kita tidak boleh berdiam diri lagi. Kita perlu ingat apa yang telah nenek kebayan lakukan terhadap kawan-kawan kita. Seorang demi seorang telah disihir. Tidak mustahil kita semua juga akan disihir" Tambah Mukapet lagi.

Orang kampung mula sedar. Mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. Macam burung belatuk. Masing-masing mula berfikir untuk mencari dukun yang paling power untuk menjatuhkan nenek kebayan.

Selang beberapa hari kemudian, pemuda-pemuda yang gagah perkasa itu mula mengadap dukun-dukun yang masyhur di negara Batu Dua Butir. Segala kemusykilan diluahkan. Dukun yang masyhur ini berjanji akan bergabung tenaga untuk memenuhi permintaan pemuda-pemuda tersebut.

"Heyyyyyy........macam mana perancangan kita boleh diketahui oleh nenek kebayan?" Mukapet berasa hairan.

"Apa yang nak dihairankan. Nenek kebayan mempunyai kuasa yang hebat. Tentulah dia akan dapat mengesannya. Lagipun dia mempunyai pengikut yang setia." celah Banglisur.

Selang seminggu, dukun-dukun yang hebat mula menyerang nenek kebayan. Bola-bola api berterbangan. Nenek kebayan mula merasa bahangnya. Nenek kebayan tidak senang duduk.

Dia...............

bersambung.....

Thursday, July 9, 2009

SIRI CERITA DONGENG KANAK-KANAK(Bab1)

Diceritakan pada zaman dahulu, ada sebuah negeri di kayangan yang bernama Beringin Tumbang. Negeri itu diperintah oleh nenek kebayan yang sangat zalim.

Nenek kebayan itu berwajah yang sungguh menakutkan. Dia juga mempunyai kuasa sihir yang sangat hebat.Semua hamba rakyat takut akan kuasa ajaibnya. Sehingga diceritakan tidak ada seorang pun yang sanggup melanggar arahannya.

Nenek kebayan tersebut mempunyai beberapa pembantu yang cukup setia. Gakulop merupakan orang yang dipercayainya.

"Wahai pembantuku Gakulop, adakah apa-apa perkhabaran buruk yang diperkatakan oleh hamba rakyat terhadap beta?" tanya nenek kebayan.

"Ada tuanku. Seorang hamba rakyat cuba melanggar perintah tuanku. Selayat namanya." kata Gakulop dengan bangganya. Hidungnya diangkat tinggi mengharapkan pujian.

"Cisss......., siapakah yang berani melawan beta! Tidak takutkah mereka dengan kuasa magic beta yang power ini? beta akan hapuskan sesiapa sahaja yang berani menentang beta." Marah betul nenek kebayan.

"Molek benar tuanku. Orang macam itu tak patut dibiarkan berada di negeri Beringin Tumbang."bodek Gakulop lagi.

Diceritakan pada suatu hari, Selayat hendak ke bendang untuk menangkap ikan keli. Ketika asyik berjalan sambil menyanyi lagu 'Bujang Senang' tiba-tiba satu kepulan asap yang hitam dan tebal muncul. Asap itu terus menyelubungi Selayat. Selayat menjadi panik. Dia terjatuh dan pengsan.

Setelah tersedar, Selayat mendapati dirinya berada di rumah Gakulop.

"Mengapa aku berada di dapur ni? Dahlah busuk dan bersepah dengan tong gas, kuali besar, meja makan, cerek elektrik dan macam-macam lagi." Ngomel Selayat.

"Oooooiiiiiii Selayat....ko pun sampai sini jugak." Sampuk satu suara.

"Siapa tu? tanya Selayat ketakutan.

"Akulah.... Pakarat, yang dok ujung kampung tu.

Pakarat?....mana ko, aku tak nampak pun?

"Aku kat sini laaaa....."kata Pakarat sambil menggerakkan dirinya.

"Ha...hahhahahhhhahhh...hihihii, buruk betul ko kalu jadi kuali" gelak Selayat.

"Ooooooo......gelak besar nampakkkkk, ko yang jadi peti sejuk tu tak buruk ke? perli Pakarat.

"Whattttttt....... aku pun bertukar ke? Celaka punya nenek kebayan. Aku yang hensem ni ditukar jadi peti sejuk. Mesti kerja Gakulop ni sebab umah dia tak de peti sejuk lagi." Marah Selayat.


bersambung..

Thursday, July 2, 2009

SHAFLY (sk baling) DALAM KENANGAN




sk baling (berdiri ngan suar pendek) dalam kenangan

Pic ni khusus utk tatapan sk baling yg dah kemaruk nk balik ke skp1 tp x leh. Tu laaaaa....dulu masa nk nk balik kg x pikir dulu baik buruknyer.

Gambar ni dirakam semasa sk baling bersama otai-otai mengikuti family day. Tiap2 taun kita kuar jauh-jauh.......... Tiap-tiap taun sk baling..... syok nyer.

Klu ade rasa nk join silalah bgtau. kami di sini sentiasa alu2kan.

Skang ni di skp1 pun x seindah dulu. Semenjak general baru datang, mcm2 dah yg berlaku. Pemberontak di tendang satu persatu. semuanya bg menyelamatkan kedudukan general tu.